profile

Hi, I’m a creator

Celik Muzikal #4 : Strum Takut Ibu Marah

Published over 2 years ago • 1 min read

Macam mana cara nak strum gitar ni?


Ok selasa lepas kita dah borak pasal topik soloing.

Hari ni kita nak borak topik paling basic dalam gitar iaitu pasal strum.

Incase awak tak tahu, strum ni basically cara kita mainkan chord dengan petik semua tali serentak.


Kalau awak baru belajar main gitar, antara persoalan yang mungkin timbul ialah :

"Macam mana cara nak strum gitar ni?"


Strum ni sebenarnya ada banyak cara, kalau awak search kat Youtube macam-macam video awak boleh jumpa.

Tapi hari ni saya nak share cara strum mudah yang saya sendiri guna.


Cara strum ni cuma perlu guna ibu jari sahaja, jadi kalau awak takde pick gitar sekalipun, awak tetap boleh gunakan cara strum ni.

Saya namakan cara strum ni :


Strum Takut Ibu Marah


Kenapa nama dia camtu 🤔?

Ok izinkan saya explain logik dan asal usul nama strum yang saya nak share ni.


Bayangkan awak praktis gitar malam-malam kat bilik.

Awak tengah praktis main lagu kegemaran awak, lagu Peterpan - Mimpi Yang Sempurna.


Lepas tu ibu awak ketuk pintu, dia cakap :

"Bisinglah main gitar malam-malam, main esok pagilah"


Awak pun serba salah. Tengah ada mood nak praktis ni, tapi ibu awak pulak suruh berhenti main gitar.

Nak melawan karang jadi anak derhaka pulak.


Jadi awak pun memilih untuk strum dalam volume yang slow, supaya tak ganggu ibu awak nak tidur.

Haaaa....cara strum dalam volume yang slow itulah namanya Strum Takut Ibu Marah

Cara Nak Strum

Cara nak strum dia mudah je :

Gunakan ibu jari bahagian tepi sahaja.

Jangan guna kuku sebab nanti pergerakan tu akan jadi sedikit kekok.

Strum ke bawah guna ibu jari.

Strum ke atas pun guna ibu jari.


Lagi better kalau awak biarkan jari lain terbuka, jangan genggam macam "thumbs up" (👍), nanti jari awak lenguh nak genggam lama-lama.

Kelebihan cara strum ni ialah biasanya sound dia agak smooth dan volume dia tak berapa kuat (sebab kita tak guna kuku)

Jadi ianya sangatlah sesuai digunakan kalau awak taknak bunyi strum tu terlalu kuat dan mengganggu orang sekeliling.

Kalau rasa gian nak praktis gitar time tengah-tengah malam bolehlah guna cara strum ni.

Mudah kan cara strum ni?

Tapi incase awak tak clear, boleh tengok video dibawah, mungkin lagi senang nak faham.

Kalau masih ada benda tak clear boleh reply emel ni.


​So harapnya benda yang saya share hari ni dapat bantu awak untuk belajar pasal strumming, terutamanya yang baru nak mula belajar main gitar.

Selasa depan mungkin kita borak topik soloing pulak, takpun topik yang santai, tengoklah mood saya nanti.

Terima kasih banyak-banyak sebab baca emel ni sampai habis.

Jumpa dalam emel seterusnya.

Yang Benar,

AzamPro

(Cikgu Gitar Paling Hensem)


P/S : Kalau rasa nak belajar gitar secara teratur , 1-on-1 dengan saya, boleh klik link dibawah untuk tengok kelas yang saya tawarkan.


Hi, I’m a creator

Read more from Hi, I’m a creator

Malas praktis gitar? Saya pun sama 😎 Main gitar ni seronok sebenarnya bila kita dah pandai main satu dua lagu. Dia akan rasa ketagih nak belajar dan belajar lagi lagu lain pulak. Tapi biasalah, awal-awal semua benda semangat. Percayalah, nanti akan ada satu masa yang awak akan rasa malas gila nak praktis gitar walaupun main gitar ni seronok. Main gitar ni seronok tapi... Yang tak seronoknya ialah praktis. Sebab praktis ni tak "fun" macam main lagu yang kita dah memang pandai. Praktis ni ialah...

over 2 years ago • 3 min read

Video gitar saya yang paling banyak views Satu-satunya video saya yang lebih 100 views buat masa ni ialah video pasal strumming. Lebih spesifik lagi video pasal Cara Strumming Gitar Tanpa Pick. Saya pun tak tau kenapa video ni banyak views. Mungkin topik ni orang minat. Ataupun mungkin saya yang promote video ni lebih. Ke Arah 100 Subscriber Youtube hujung Ogos ni Dan channel youtube saya baru mencapai 50 subscriber semalam. Harapnya boleh capai 100 subscriber hujung bulan Ogos ni. Jadi kalau...

over 2 years ago • 1 min read

"Macam Mustahil Je Aku Boleh Belajar Soloing" Awak ada tak member-member yang power main solo gitar? Yang jenis dengar je lagu sikit, dia cepat tangkap dan boleh cari melodi masa tu jugak. Takpun yang jenis suka payung solo atas backing track chord kat Youtube. Layan je dengar dia goreng. Awak pun terdetik : "Macam mustahil je aku boleh main solo macam ni" Lepas tu scroll IG, tengok pulak video gitaris main fingerstyle. Awak pun rasa : "Kan best kalau aku reti cari fingerstyle sendiri" Well,...

over 2 years ago • 3 min read
Share this post