profile

Hi, I’m a creator

Celik Muzikal #5 : Kan Best Kalau Aku Boleh Soloing

Published over 2 years ago • 3 min read

"Macam Mustahil Je Aku Boleh Belajar Soloing"

Awak ada tak member-member yang power main solo gitar?

Yang jenis dengar je lagu sikit, dia cepat tangkap dan boleh cari melodi masa tu jugak.

Takpun yang jenis suka payung solo atas backing track chord kat Youtube.

Layan je dengar dia goreng.

Awak pun terdetik :

"Macam mustahil je aku boleh main solo macam ni"

Lepas tu scroll IG, tengok pulak video gitaris main fingerstyle.

Awak pun rasa :

"Kan best kalau aku reti cari fingerstyle sendiri"

Well, sebenarnya saya pun dulu macam tu.

Tak pernah terdetik pun saya boleh main solo dan improvising macam sekarang ni.

Bila kenang balik, rasa macam tak percaya pun ada.

Jadi hari ni saya nak share sikit cerita macam mana saya mula minat nak mendalami pasal soloing ni.

Kisah AzamPro Mula Belajar Soloing

Saya start main gitar lepas SPM.

Belajar untuk fun-fun je, nak nyanyi feeling-feeling sambil main gitar gitu.

Dipendekkan cerita, waktu saya awal-awal masuk degree.

Saya ada join satu kelab ni, kira macam kelab muziklah, kelab Fuscia nama dia.

Ada sorang ahli dalam kelab Fuscia ni power soloing, Syahmi nama dia.

Ada satu malam tu dia payung solo-solo lagu Avenged Sevenfold.

Kalau awak biasa dengar lagu-lagu Avenged Sevenfold, awak mungkin perasan lagu-lagu diorang kebanyakannya ada part solo gitar yang main laju-laju tu, biasanya orang panggil shredding.

Syahmi ni dia boleh main part shredding laju-laju tu smooth je.

Lepas tu saya ingat lagi bila jamming lagu Greenday - 21 Guns , lagu yang dia tak familiar pun dia boleh hentam je solo on chord progression lagu tu.

Sejujurnya saya agak kagum, sebab waktu kat asasi dulu saya tak bergaul sangat dengan gitaris padu-padu.

Kagum tu kagum jugak, tapi rasa noob dan tercabar pun ada jugak.

Saya ni boleh main lagu Hey There Delilah pun dah rasa padu habis dah waktu tu.

Tak pun lagu So Far Away, pastu payung sikit part plucking tengah-tengah lagu tu.

Tu pun rasa macam gitaris terulung dah kahkah.

Jadi lepas tengok Syahmi yang power soloing ni, saya pun memasang cita-cita untuk belajar soloing jugak.

Sebab saya rasa soloing ni nampak cool, tambah-tambah kalau nak jamming atau buat performance.

Lepas tu saya teringat kawan saya, Jalil ada cakap kalau nak soloing ni kena belajar pasal scale.

(Gitar elektrik yang saya guna sekarang ni saya beli dari Jalil nilah)

Disebabkan minat nak belajar soloing tu tengah berkobar, saya pun apa lagi cubalah cari video pasal scale kat Youtube.

Beratus-ratus video saya dah tengok.

Tapi saya masih tak boleh jumpa apa kaitan soloing dengan scale ni.

Bila tengok video rasa faham, bila cuba main solo bunyi tak sedap dan bosan.

Lama jugak saya ambil masa nak betul-betul faham cara nak guna scale ni.

Dalam setahun lebih jugak rasanya.

Kalau awak familiar dengan topik scale mungkin awak akan terdetik :

"Haha noob, aku belajar scale sekejap je"

Well.

Nak belajar scale ni memang senang je.

Tapi nak optimumkan kegunaan scale tu untuk jadikan soloing kita sedap dan melodik, itu yang susah sebenarnya.

Jadi selepas setahun lebih binge-watching macam-macam video pasal scale, baru saya dapat jumpa "resipi" disebalik soloing guna scale ni.

"Resipi" itulah yang saya duk ajar dalam kelas gitar saya supaya awak tak buang masa belajar benda yang tak improve soloing awak.

So apa pengajaran cerita ni?

Ada 2 point utama saya share cerita ni, dan ianya berkaitan.

Pertama, soloing ni walaupun nampak macam susah, tapi sebenarnya ianya taklah sesusah yang disangka.

OK, sejujurnya saya pun dulu anggap soloing ni satu benda yang susah gila.

Tapi sebenarnya tak pun.

Benda ni boleh dipelajari, dengan syarat kita ambil masa sikit setiap hari untuk belajar dan praktis.

Kedua, yang buat soloing ni susah ialah kita tak tahu nak mula belajar dari mana.

Nasihat macam "belajarlah scale" tu membantu.

Tapi to be honest nasihat tu terlalu oversimplified.

Scale ni baru mukadimah je sebenarnya.

Topik Soloing Ni Luas.

Kalau awak baca emel saya yang lepas, saya ada cerita pasal jenis soloing.

Tu belum masuk pasal genre lagi, ada jazz, gypsy jazz, blues, dan rock.

Lepas tu nak masuk topik time signature, rhythm, teknik pulak.

Fuh, pening kepala nak belajar macam-macam.

Dan sebab saya pernah rasa peningnya belajar macam-macam benda untuk soloing tapi tak faham-faham.

Saya nak share video pasal 4 Ilmu Asas Yang Gitaris Wajib Tahu Untuk Soloing.

Dalam video ni saya cerita apa yang awak perlu belajar dan sebab kenapa awak kena belajar benda tu.

Kebanyakan gitaris (termasuk saya) suka belajar something buta-buta je, so dalam video ni saya explain sekali apa fungsi belajar benda-benda yang saya sebut tu supaya awak lagi mudah faham.

Harap awak enjoy video dibawah, apa-apa tak clear, just comment je dekat video tu, nanti saya reply.

(Btw video ni belum public, saya bagi EARLY ACCESS untuk geng Celik Muzikal untuk tengok dulu)

Video 4 Ilmu Asas Yang Gitaris Wajib Tahu Untuk Soloing

Yang Benar,

AzamPro

(Cikgu Gitar Paling Hensem)


P/S : Berminat nak belajar soloing? Boleh consider join kelas gitar saya

Kelas Gitar Intermediate 1

Klik sini untuk belajar solo gitar tanpa bergantung kepada tab gitar dan tutorial

Kelas Gitar Intermediate 2

Klik sini jika awak nak belajar resipi soloing sedap

Hi, I’m a creator

Read more from Hi, I’m a creator

Malas praktis gitar? Saya pun sama 😎 Main gitar ni seronok sebenarnya bila kita dah pandai main satu dua lagu. Dia akan rasa ketagih nak belajar dan belajar lagi lagu lain pulak. Tapi biasalah, awal-awal semua benda semangat. Percayalah, nanti akan ada satu masa yang awak akan rasa malas gila nak praktis gitar walaupun main gitar ni seronok. Main gitar ni seronok tapi... Yang tak seronoknya ialah praktis. Sebab praktis ni tak "fun" macam main lagu yang kita dah memang pandai. Praktis ni ialah...

over 2 years ago • 3 min read

Video gitar saya yang paling banyak views Satu-satunya video saya yang lebih 100 views buat masa ni ialah video pasal strumming. Lebih spesifik lagi video pasal Cara Strumming Gitar Tanpa Pick. Saya pun tak tau kenapa video ni banyak views. Mungkin topik ni orang minat. Ataupun mungkin saya yang promote video ni lebih. Ke Arah 100 Subscriber Youtube hujung Ogos ni Dan channel youtube saya baru mencapai 50 subscriber semalam. Harapnya boleh capai 100 subscriber hujung bulan Ogos ni. Jadi kalau...

over 2 years ago • 1 min read

Macam mana cara nak strum gitar ni? Ok selasa lepas kita dah borak pasal topik soloing. Hari ni kita nak borak topik paling basic dalam gitar iaitu pasal strum. Incase awak tak tahu, strum ni basically cara kita mainkan chord dengan petik semua tali serentak. Kalau awak baru belajar main gitar, antara persoalan yang mungkin timbul ialah : "Macam mana cara nak strum gitar ni?" Strum ni sebenarnya ada banyak cara, kalau awak search kat Youtube macam-macam video awak boleh jumpa. Tapi hari ni...

over 2 years ago • 1 min read
Share this post